Saturday, November 17, 2007

Sehari Bersantai Bersama Langkawi FM, 17 Nov07


Aktiviti Sehari Bersantai Bersama Langkawi FM telah diadakan pada 17hb November 2007. Kumpulan Alunan Biru pun pakat memeriahkan acaro dengan menyahut jemputan RTM dengan membuat persembahan kebudayaan Dikir Barat. Pasukan nie jugok masuk pertandingan tarikt tali terbuka tapi terpakso mengalah awal… dok berapo bulih gi, gu !! Tapi, persembahan dikir awok-awok kita mendapat pujian dari rata-rata pengunjung dan penganjur. Lagu Juara yang menceritokan mengenai keindahan Mahsuri dan Pulau Langkawi menggamit penonton. Paling mendapat pujian ialah nyanyian dikir karut oleh Abg Pok Ya Airport kito… persembahan yang penuh spontan ditambah pulok dgn gelagat tukang karut yang unik dan menghiburkan, rata-rata penonton yang walaupun tak paham bahaso kelate, terhibur malah memberikan tepukan yang gemuruh…. Pihak RTM Langkawi sangat-sangat berterima kasih kepada pasukan dikir kito kerana telah menceriakan program mereka. Tabik Gu !!!!!

No comments: