Tuesday, February 5, 2008

Persembahan di Kempen Keselamatan Jalan Raya Anjuran Lafarge Cement, 31 Jan07





Baru-baru nie pasukan Alunan Biru telah dijemput ke satu persembahan bersempena Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran syarikat Lafarge Cement bersama Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia. Majlis yang agak besar ini diadakan di Dataran Padang Lalang. Alunan Biru diminta membuat 2 persembahan, iaitu pada sebelah pagi (11:00 pagi) dan pada waktu petang (2:00 petang) sebagai pembukaan majlis perasmian program. Pasukan Alunan Biru tampil bergaya dan bersemangat dengan pakaian baru dan telah menghiburkan semua yang hadir walaupun terdapat gangguan sistem audio semasa persembahan.


Tahniah !!


Sunday, January 13, 2008

Rakaman Bersama RTM (Langkawi FM)

Rakaman awal sebelum persembahan sebenar untuk majlis perasmian Tahun Melawat Kedah 2008 oleh YB Menteri Besar


Saturday, November 17, 2007

Sehari Bersantai Bersama Langkawi FM, 17 Nov07


Aktiviti Sehari Bersantai Bersama Langkawi FM telah diadakan pada 17hb November 2007. Kumpulan Alunan Biru pun pakat memeriahkan acaro dengan menyahut jemputan RTM dengan membuat persembahan kebudayaan Dikir Barat. Pasukan nie jugok masuk pertandingan tarikt tali terbuka tapi terpakso mengalah awal… dok berapo bulih gi, gu !! Tapi, persembahan dikir awok-awok kita mendapat pujian dari rata-rata pengunjung dan penganjur. Lagu Juara yang menceritokan mengenai keindahan Mahsuri dan Pulau Langkawi menggamit penonton. Paling mendapat pujian ialah nyanyian dikir karut oleh Abg Pok Ya Airport kito… persembahan yang penuh spontan ditambah pulok dgn gelagat tukang karut yang unik dan menghiburkan, rata-rata penonton yang walaupun tak paham bahaso kelate, terhibur malah memberikan tepukan yang gemuruh…. Pihak RTM Langkawi sangat-sangat berterima kasih kepada pasukan dikir kito kerana telah menceriakan program mereka. Tabik Gu !!!!!

Thursday, November 15, 2007

Persembahan di majlis Hari Raya Polis Langkawi

Bertempat di Balai Polis Kuah pada 12 November 2007, kumpulan Alunan Biru dijemput menghiburkan hadirin di Majlis Sambutan Hari Raya Polis Langkawi

Tuesday, November 13, 2007

Latihan Dikir Barat


Kumpulan dikir berlatih nak-nak minggu. Pasukan semakin mantap dengan komitmen ahli yang sentiasa bersemangat. Lokasi latihan ialah di sekitar Pekan Kuah.